KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi pada Khamis membenarkan pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016, yang berkuat kuasa, mulai Januari 2022.
Ketika membenarkan semakan kehakiman oleh pesara penjawat awam, Aminah Ahmad, Hakim Datuk Amarjeet Singh mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan kerajaan untuk membayar tunggakan pencen dalam tempoh tiga bulan, bermula dari hari ini.