KOTA KINABALU – Tertekan dengan masalah air yang tidak berpenghujung di Universiti Malaysia Sabah (UMS), seorang mahasiswa tampil meluahkan rasa kecewa terhadap kegagalan sistem pengurusan keperluan asas di kampus tersebut.
Wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2024/2025, Greg Marthius Anak Gawing berkata, sebagai anak Borneo, beliau percaya bahawa kedaulatan dan hak negeri Sabah perlu ditegakkan serta tidak diabaikan.