KUALA LUMPUR – Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) mengecam keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggantung tujuh pemain bola sepak Malaysia serta mengenakan denda terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak adil dan hipokrit.
Presiden MAHAR, Jismi Johari berkata, walaupun pihaknya menghormati integriti peraturan sukan, namun tidak boleh berdiam diri terhadap apa yang dilihat sebagai hipokrasi terang-terangan.