SONGKHLA – Sepuluh pelancong Malaysia dikenakan denda oleh polis Thailand atas kesalahan memandu secara berbahaya di Daerah Hat Yai pada Jumaat lepas.
Kumpulan itu, terdiri daripada enam lelaki dan empat wanita berusia antara 21 hingga 37 tahun, dipercayai terlibat dalam aktiviti lumba haram di jalan berhampiran Bazaar Greenway, selepas aduan diterima daripada penduduk setempat.