SHAH ALAM – Setiap individu perlu memberi keutamaan terhadap kesihatan mental bagi memastikan kehidupan mereka lebih produktif dan tenang dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.
Ahli Psikologi Klinikal, Yasmin Khan berkata, jika seseorang itu mempunyai masalah, mereka perlu segera mendapatkan bantuan daripada orang terdekat lebih-lebih lagi jika melibatkan perihal pekerjaan.