BANGUNAN terminal Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini yang telah selesai dinaik taraf kini mampu menampung sehingga 700,000 penumpang setahun berbanding 500,000 sebelum ini.
Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Mohd Izani Ghani berkata, skop kerja menaik taraf LTSAS termasuk peluasan terminal, penambahbaikan kawasan daftar masuk dan ketibaan, serta kemudahan imigresen yang lebih efisien.