KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menjelaskan bahawa pelan penstrukturan semula yang dirujuk di Parlimen semalam tidak dibatalkan, sebaliknya diperhalus untuk menangani cabaran semasa dan peluang yang muncul selaras situasi pasaran terkini.
LTAT menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan pelan penstrukturan baharu itu mencerminkan kepekaan dan daya tindak LTAT serta Kementerian Pertahanan dalam menangani isu kestabilan kewangan, mengurus liabiliti, mempelbagaikan pelaburan di samping membina portfolio kompetitif serta mampan demi kepentingan semua pihak pemegang taruh.