SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menghargai komitmen dan sumbangan 2,000 penolong amil dalam memudahkan pengeluar zakat serta menyantuni golongan asnaf dalam majlis diadakan sepanjang tahun ini.
Majlis Anugerah Ketua dan Penolong Amil Negeri Selangor 2023 itu berlangsung di sembilan daerah bermula Mei lalu di Klang dan berakhir pada September di daerah Hulu Langat.