KOTA BHARU – Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong, Machang terpaksa dihenti tugas berikutan paip air mentah yang bergaris pusat 1,100 milimeter (mm) pecah kesan daripada kerja-kerja pembaikannya.
Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) melalui kenyataan pada Isnin memaklumkan gangguan bekalan itu melibatkan hampir 33,094 akaun pengguna di jajahan Machang, Pasir Puteh serta Kota Bharu Selatan dan Kota Bharu Timur.