Mengenali Datin Seri Zizie Izette, beliau sememangnya seorang personaliti yang mudah mesra dan humble orangnya. Membawa status VIP dan selebriti, pasti ramai yang beranggapan golongan ini gemar mengenakan jenama mewah dari hujung rambut ke hujung kaki.
Namun hakikatnya berbeza bagi isteri Datuk Seri Bung Moktar Radin ini apabila Datin Seri Zizie tanpa berselindung mendedahkan tidak terkecuali membeli baju untuk kelima-lima anaknya serendah harga RM10! Macam tak percaya pula, bukan?