Lotus Malaysia hari ini telah mengumumkan aplikasi “Scan & Shop” akan tidak lagi boleh digunakan di semua cawangan seluruh negara. Tiada sebab diberikan tetapi aplikasi ini mula ditawarkan pada Februari 2020 semasa rangkaian pasara raya mereka masih lagi di bawah jenama Tesco.
Kami dengan berat hati mengumumkan Scan & Shop akan pencen awal.
Aplikasi ini boleh terus dipasang pada peranti mudah-alih pengguna, seterusnya digunakan untuk mengimbas produk yang ingin dibeli. Sebaik sahaja selesai mengimbas dan memilih produk yang sepatutnya, pengguna boleh terus ke kaunter pembayaran, dan membuat pembayaran menggunakan bar kod yang dijana khusus.