JOHOR BAHRU – Seramai 21 penumpang dan seorang pemandu bas jenis hino terlibat dalam kemalangan dengan lori di kilometer 35.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, awal pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.24 pagi dan setibanya di lokasi kejadian lori yang disyaki terlibat dalam kemalangan tersebut sudah tiada.