KUALA KANGSAR – Kecekapan pasukan penyelamat berjaya mengelakkan kejadian lebih buruk selepas sebuah lori tangki membawa muatan minyak petrol terbalik dalam kejadian di Kilometer 259 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini pada Jumaat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.01 malam.