SEREMBAN – Hilang kawalan ketika menuruni bukit dan kawasan selekoh menjadi punca sebuah lori terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dalam kejadian di Jalan Persiaran Forest Heights 1 Senawang pada petang Rabu.
Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 5.55 petang dan tular di media sosial menerusi video selama 35 saat.