BATU PAHAT – Kemalangan yang meragut nyawa seorang kelindan lori dipercayai berlaku selepas kenderaan dinaikinya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabit dalam kemalangan dengan treler di Kilometer 79.9, Lebuhraya Utara–Selatan arah selatan, berhampiran Ayer Hitam, pagi Rabu.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kemalangan kira-kira jam 8.15 pagi itu melibatkan sebuah lori dan treler.