PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada Jumaat melancarkan logo khusus Malaysia Madani berteraskan enam nilai teras iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Keyakinan, Hormat dan Ihsan untuk digunakan dalam setiap aktiviti serta program anjuran kementerian, jabatan serta agensi kerajaan.
Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, pengumuman logo-logo khusus itu susulan Mesyuarat Khas Akademi Kenegaraan pada 27 Februari lepas, yang memutuskan agar penggunaan logo Malaysia Madani berfungsi sebagai lambang atau representasi kepada gagasan Malaysia Madani yang perlu diperluaskan penggunaannya.