KUALA LUMPUR – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didapati meluluskan pelantikan tiga syarikat bagi projek bernilai RM66.64 juta tanpa mematuhi syor jawatankuasa penilai, sekali gus mencetuskan persoalan serius mengenai integriti tatakelola perolehannya.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, Jawatankuasa Perolehan Tender universiti itu telah meluluskan tiga daripada tujuh tender kepada syarikat yang tidak disyorkan oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal, Kewangan dan Pra-Tender.