PUTRAJAYA – Perkhidmatan Awam dibelenggu tiga cabaran utama yang semakin menebal dan memerlukan penambahbaikan dilakukan dengan segera, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Beliau berkata, daripada pemerhatian peribadinya, cabaran pertama ialah mentaliti berkerja secara ‘in-silo’ dan birokrasi yang masih kuat mengakar dan berumbi, dalam sesetengah agensi kerajaan.