Parut tidak kira disebabkan masalah jerawat, kecederaan, luka pembedahan dan lain-lain tentunya membuatkan seseorang itu berasa rendah diri. Ada individu yang terpaksa berdepan dengan masalah parut jerawat yang teruk.
Ramai yang mengakui kehadiran parut menimbulkan rasa malu apatah lagi jika ia disebabkan jerawat dan dapat dilihat dengan jelas di bahagian wajah. Keadaan ini sekali gus mempengaruhi semangat dan keyakinan diri seseorang individu.