Anak kepada Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah, Zaki Yamani sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila memuat naik sebuah video lip sync di aplikasi TikTok.
Menerusi video yang dikongsikan, Zaki Yamani atau nama sebenarnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, tampil santai dengan t-shirt hitam, kaca mata gelap dan jam tangan sambil melakukan lip sync lagu K-pop berjudul Still With You nyanyian Jungkook BTS.