PELAKON Linda Hashim dilihat tenang dan hadir bersendirian pada sebutan pertama kes penceraiannya dengan penyanyi serta pelakon, Beego pada pagi Khamis.
Bagaimanapun setakat jam 9.30 pagi, kelibat Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 44, tidak kelihatan di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.