Limau kasturi secara saintifiknya dikenali sebagai citrus mircrocarpa. Buahnya lebih kerap digunakan ketika kulit masih hijau di bahagian luar. Limau kasturi yang turut dikenali dengan nama calamansi ini juga mempunyai banyak manfaat daripada segi perubatan dan baik untuk kesihatan.
Di sebalik rasa masam limau kasturi, banyak manfaatnya untuk kesihatan. Alangkah segarnya bila dapat minum limau kasturi ais bagi tujuan menyejukkan badan saat cuaca panas hari ini. Limau kasturi mempunyai aroma dan khasiatnya tersendiri. Selain dibuat perisa makanan, minuman dan sambal seperti jus, acar, jem dan jeruk ianya dipercayai mempunyai khasiat dari segi perubatan.