KUALA TERENGGANU – [DIKEMAS KINI] Lima pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) direman selama tiga hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes buli melibatkan seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah MRSM di Besut.
Perintah reman terhadap kesemua pelajar lelaki berusia antara 15 hingga 17 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Yuhanis Mohd Roslan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, pada Jumaat.