BATU GAJAH – Polis menahan lima lelaki disyaki merogol secara bergilir-gilir remaja perempuan berusia 15 tahun yang baru dikenali di sebuah asrama pekerja di Batu Gajah pada Selasa.
Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, kejadian menimpa pelajar itu terbongkar selepas pasukan polis berjaya menemui mangsa hasil aduan dibuat oleh ibunya.