KUALA NERUS – Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras di sini, terpaksa dikebumikan semula selepas dihanyutkan ombak pada Sabtu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pengkalan Maras, Mohd Isshamudin Ismail berkata, tanah perkuburan yang terletak berdekatan pantai itu sudah lama diancam masalah hakisan terutama ketika musim tengkujuh.