PUTRAJAYA – Ugut minta wang rasuah bagi melindungi aktiviti pengubahsuaian meter elektrik di kawasan kediaman, lima ahli sindiket ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu.
Menurut sumber, sindiket penipuan itu berjaya dilumpuhkan oleh SPRM apabila mengugut orang ramai dengan meminta wang rasuah kononnya bagi melindungi aktiviti pengubahsuaian meter elektrik di kawasan kediaman sekitar Lembah Klang.