SHAH ALAM – Kejadian anggota bomba, Abu Zarin Husin dipatuk ular tedung sehingga meragut nyawa pada tujuh tahun lalu meninggalkan kesan mendalam kepada kehidupan isterinya hingga ke hari ini.
Azieana Farhana Mohd, 37, berkata, ini kerana dia berada di lokasi kejadian dan melihat dengan mata sendiri saat suami dipatuk ular ketika operasi menangkap haiwan berbisa itu di Bentong, Pahang pada 12 Mac 2018.