PUTRAJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah melaksanakan sekatan perjalanan ke atas 203,123 individu dan syarikat setakat 30 November lepas.
LHDN dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, jumlah itu, melibatkan 175,656 individu yang mempunyai tunggakan di bawah Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, dan 12,205 individu yang mempunyai tunggakan cukai di bawah Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (ACKHT) 1976.