Pada tahun 2025 ini, pelbagai perkhidmatan kerajaan dan agensi dijangka mula mengintegrasikan penggunaan identiti digital MyDigital ID. Selari dengannya, bermula hari ini, pihak LHDN dilihat telah mula memperkenalkan integrasi untuknya.
Pada hari ini, LHDN memperkenalkan sebuah perkhidmatan carian Nombor Pengenalan Cukai (TIN) melalui Portal MyTax. Melaluinya, pengguna boleh melakukan carian TIN masing-masing mahupun syarikat dengan mudah melaluinya. Namun, untuk mengakses perkhidmatan TIN ini, pengguna perlu mempunyai MyDigital ID sebelum dapat menggunakannya.