KOTA BHARU – Kesesakan lalu lintas menyebabkan seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terlepas daripada menaiki bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Jeli-Gerik sehingga mengorbankan 15 nyawa awal pagi tadi.
“Lewat 15 minit rupa-rupanya memisahkan anak saya dengan maut,” kata Rosyidah Husien, 50, ibu kepada Nur Adilah Mohd Rusdi, 20.