Sebut sahaja adik-beradik Neelofa pasti ramai yang mengenali personaliti cantik, Nur Ameera Khan ini. Mesra disapa Little Miss Khan, adik bongsu Neelofa ini baru sahaja menginjak usia 21 tahun pada 8 Disember lalu. Tak dinafikan, makin meningkat dewasa makin terserlah kecantikan dan kematangan Ameera.
Sekitar tiga tahun lalu, Ameera memanfaatkan minatnya dalam bidang kosmetik dengan mengeluarkan jenama keluaran sendiri iaitu LMK Cosmetics. Label kosmetik ini dilancarkan secara rasmi pada 8 Mei 2018 dengan rangkaian produk seperti lip gloss, pemerah pipi, dan pembayang mata.
