Buah lemon mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Buah yang kaya dengan vitamin C ini banyak kebaikannya jika diamalkan. Mungkin untuk makan begitu saja ia sangat masam, jadi pilihan yang lebih sesuai adalah membuat air.
Ramai juga yang menganggap air lemon ini juga boleh membantu mengurangkan berat badan dan dapat membantu meningkatkan antibodi. Namun pengambilan kena juga ada had. Mungkin seminggu dalam 3 kali pun dah ok.