Satu kejadian cemas berlaku apabila seekor lembu yang ditambat pada tiang elektrik maut akibat terkena renjatan sebelum sempat dikorbankan.
Menerusi satu hantaran di Facebook, kelihatan haiwan tersebut sudah terbaring kaku di lokasi kejadian sebelum sepasukan anggota bomba tiba untuk memastikan kawasan berkenaan selamat daripada sebarang risiko elektrik.