JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang mengeluarkan ugutan jenayah terhadap tiga pengamal media di pekarangan Mahkamah Johor Bahru pada Rabu, ditahan polis dan akan didakwa hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika kesemua mangsa sedang membuat liputan berhubung satu kes samseng jalanan.