KOTA BHARU – Seorang lelaki menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Solariz berwarna merah diminta menyerahkan semula beg yang diragut di hadapan sebuah kafe di Lotus Lembah Sireh di sini pada Ahad.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan, didapati penunggang motosikal yang memakai topi keledar telah meragut barangan seorang wanita ketika mangsa sedang berjalan ke arah parkir.