SHAH ALAM – Seorang lelaki warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas lima pertuduhan membabitkan liwat, amang seksual dan rompak terhadap dua kanak-kanak dan dua remaja lelaki antara April dan Jun lepas.
Muhammad Hassan, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Urdu.