MUADZAM SHAH – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas terbabit kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 100, Jalan Kuantan-Segamat di sini pada awal pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, mangsa berusia 36 tahun yang memandu kereta jenis Proton Preve mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.