Penting untuk kita memilih losen badan yang kaya dengan fungsi melembap serta mampu mengekalkan kesihatan kulit. Pilih losen mengandungi perahan minyak zaitun, avokado atau mentega shea. Elakkan pelembap kulit yang mengandungi wangian kerana ia mungkin memburukkan lagi keadaan.
Cara pemakaian pelembap juga penting. Sapu pelembap ke seluruh tubuh setiap kali selepas mandi. Ulang pakai di bahagian kulit yang terdedah setiap kali perlu. Melembapkan tangan dan kuku dengan pelembap bersesuaian ialah cara yang berkesan untuk mengekalkan kesihatan kulit.