KULIM – Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang beriadah di kawasan perkelahan Sungai Sedim di sini, dalam kejadian arus deras petang Ahad.
Mangsa berusia 30-an dipercayai datang ke kawasan itu bersama ahli keluarga dan rakan menaiki tiga buah kenderaan dari Pulau Pinang untuk berkelah di lokasi popular di Kedah itu.