KUALA KRAI – Seorang lelaki dikhuatiri hilang semasa keluar memetik buah dokong bersama rakannya di Sungai Pas di sini, pada Selasa.
Mangsa, Azhar Abdul Rashid, 50, dari Sungai Rek, Laloh dikatakan ke kebun tersebut selepas diajak seorang lagi rakannya menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Perodua Kembara untuk mengambil buah dokong, kira-kira jam 8 pagi.