KUCHING – Seorang lelaki dikhuatiri hilang dipercayai dibaham buaya ketika menjalankan aktiviti menjala udang di sungai berhampiran Kampung Lubok Punggor, Kota Samarahan dekat sini petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, mangsa dikenali sebagai Ahmad Alzadkhri Sudin, 32, keluar bersama ahli keluarganya awal pagi sebelum dilaporkan dibaham buaya sekitar pukul 4 petang.