KUALA LUMPUR – Seorang bekas perunding kesihatan didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini pada Rabu, selepas mengaku bersalah menceroboh bilik bedah Hospital Ampang untuk mengambil ubat bagi kegunaan diri sendiri minggu lepas.
Majistret Normaizan Rahim menjatuhkan hukuman tersebut terhadap lelaki berusia 33 tahun itu dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda.