TEXAS – Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) tergamak membunuh ibu sendiri dalam apa yang didakwanya sebagai upacara ‘pengusiran syaitan’ di kediaman mereka di Fort Worth, Texas.
Insiden berlaku sekitar jam 1.30 pagi (waktu tempatan) pada 18 April lalu di sebuah rumah di Farmers Branch Street selepas seorang individu yang menerima gambar mengerikan menerusi aplikasi Snapchat membuat laporan kecemasan.