KUALA LUMPUR – Dunia sukan tanah air kehilangan seorang tokoh disegani apabila bekas pemain hoki kebangsaan dan Olimpian, Muhammad Khairy Nunis Abdullah atau Kevin Christopher Nunis menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi.
Allahyarham yang berusia 65 tahun meninggal dunia pada jam jam 6.46 petang selepas beberapa bulan dirawat akibat jangkitan kuman dalam darah.