LEGENDA badminton seperti Taufik Hidayat, Boonsak Ponsana dan Tony Gunawan bakal berentap di Kejohanan Antarabangsa Piala Foo Kok Keong (FKK) ke-10 yang akan berlangsung dari 27 hingga 29 September di Stadium Badminton Singapura @ KFF Badminton Arena.
Kejohanan yang dinamakan sempena legenda badminton Malaysia, Datuk Foo Kok Keong ini akan menampilkan pasukan dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Myanmar, Thailand, Australia, Sri Lanka dan India tahun ini.