Dalam dunia yang penuh persaingan, hanya lelaki luar biasa mampu mencipta legasi yang bukan sahaja meninggalkan jejak peribadi, tetapi memberi impak besar kepada masyarakat dan negara. Itulah yang dibuktikan oleh Leftenan Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng — individu berbangsa Cina pertama yang melakar sejarah memegang jawatan setinggi itu dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Semalam, di Wisma Pertahanan, sejarah baharu tertulis apabila Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd. Nizam Jaffar menyempurnakan majlis pemakaian pangkat kepada Johnny Lim, mengesahkan kedudukannya sebagai antara teraju utama pertahanan negara.