Olimpian Badminton Negara, Lee Zii Jia dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Team Lee Zii Jia di media social menyifatkan bahawa pemain perseorangan lelaki itu menarik diri dari Kejohanan Terbuka Swiss yang dijadual berlangsung pada 18 sehingga 23 Mac.
Kenyataan tersebut sekali gus mengatakan pemain ranking ke-7 dunia itu tidak dapat beraksi di kejohanan tersebut oleh kerana mengalami kecederaan pada buku lali kaki kanannya.