LEBIH RM2.2 juta subsidi masih tersedia di bawah program Pek Permulaan i-MULA 50 bagi pembeli insurans kali pertama, kata Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).
Dalam satu kenyataan pada Isnin, LIAM menggesa golongan belia Malaysia dan pembeli insurans kali pertama untuk supaya segera memanfaatkan inisiatif i-MULA 50.