KUALA LUMPUR – Lebih 85 peratus proses pemeriksaan dan pelepasan imigresen bagi ketibaan pengembara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diselesaikan dalam tempoh kurang 25 minit.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, berdasarkan laporan prestasi sistem Smart Q berasaskan teknologi kebendaan (IoT) dan Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (QOS), proses ketibaan di lapangan terbang negara mencapai sasaran tempoh menunggu yang pendek.