KULAI – Lebih 7,000 pengusaha bas sekolah di seluruh negara masih belum berdaftar dengan mana-mana persatuan pemandu bas sekali gus menimbulkan kebimbangan berhubung tahap keselamatan pelajar yang menggunakan perkhidmatan mereka.
Presiden Gabungan Pengusaha dan Pemandu Bas Sekolah Malaysia, Dr M Muruga menyifatkan situasi itu sebagai ‘bom jangka’ kepada keselamatan jalan raya terutama kepada pelajar sekolah yang dianggap permata negara.